JellyPages.com

Thursday, 5 June 2014

Takdir?

Assalamualaikum.. Maafkan aku jika kehadiran aku dalam hidup kau tuh telah banyak menyusahkan kau. Aku sedar aku bukan siapa-2. Maafkan aku dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku harap kau boleh terima aku seadanya dalam keluarga kau. Tapi if tidak pun. I can accept it.

#MimpiSelepasSubuh
Yeaa, aku ada mimpi ibu kau. Dia pernah minta aku jaga keluarga kau. Dia juga pernah minta aku tolong kau. Tolong berikan didikan yang baik buat keluarga. Sebab itu aku masuk balik kerja. Sebab itu juga aku patah balik ke sini. Ini semua kerana atas permintaan ibu kau. Aku muncul dalam kehidupan semuanya bersebab. Allah jodohkan dan pertemukan aku dengan keluarga kau bersebab.

Dari situ aku mulai sedar kenapa aku dipilih. Agama aku tak seberapa. Harta aku pun tidak. Mungkin kerana aku seorang yang tabah dalam menghadapi dugaan. Alhamdulillah.

Pada masa itu juga aku mula berjanji pada diri aku dan ibu kau untuk menjaga keluarga kau. Soal ini aku tak pernah main-2. This is the truth. Pada mulanya aku tak pernah yakin. Tapi aku cuba tabahkan diri aku untuk menghadapi segala personaliti kau. Lama kelamaan aku mula faham tentang diri kau. Dan sebab itu aku tak pernah ambil hati dengan apa yang kau cakap dan buat. Bohonglah kalau aku tak dapat sambung study. Aku dapat. Tapi lebih penting untuk keluarga kau. Study bila-2 masa boleh. Tats y aku tipu yang aku tak dapat sambung study. Sebab niat aku untuk menjaga keluarga kau. Tak rasa pelik ke aku berhenti selama sebulan dan masuk balik. Dengan alasan aku tak sambung study.

Dugaan untuk aku menjaga dan membantu kau adalah kesihatan aku. Kesihatan aku yang tak menentu. Mungkin Allah uji aku dengan itu kerana ingin tengok bahawa aku kuat semangat atau tidak. Samada tanggungjawab aku terlaksana atau tidak ketika sakit. Maafkan aku jika aku tak dapat nak bantu ketika sakit.

Pada malam kita kemalangan tu. Aku da cukup takut samada aku akan kehilangan orang yang aku sayang. Dan aku takut mereka pun akan kehilangan orang yang telah memberi mereka kesayangan. Aku lalai untuk menjaga kau ketika itu. Aku cuai sbb telah melukai kau. Jika apa-2 jadi pada kau, aku takkan maafkan diri aku. Begitu juga ada ibu kau.

Janji-2 aku pada Allah dan ibu kau tak akan aku mungkiri. Aku akan bantu dan jaga selagi aku mampu. In Shaa Allah dengan izin Allah. Mungkin ada hikmah disebalik semua cerita ini. Wallahualambisawa..