JellyPages.com

Friday, 12 December 2014

Deep :')

Sedang aku leka melihat si dia. Mukanya agak masam dan kecewa. Dalam masa yang sama aku terperasankan tiada seorang pun yang hiraukan dia, perasaan dia. Tiba-2, dia berjalan ke arah aku dan tarik tangan aku. Lalu berkata "Meh berbual dengan akk". Aku dengan terkejutnya "Kenapa kak?" Dia pandang aku "Ikut aje, mas je yg tegur akk and faham akk. Akk nak mas"

Tanpa mengira waktu. Aku terus berlari mendapatkan dia dan aku peluk sambil menangis dan gembira. Cium kedua-dua belah pipi dia dan peluk dengan erat sekali.

Sempat aku berkata "Akk! Mas rindu akk! Kenapa akk tinggalkan mas? Mas rindu akk sesangat" sambil peluk erat!

Sejak dari itu, dia selalu menemaniku dan aku sentiasa berada dekat dengan dia tak kira susah atau senang. Kami gembira tanpa melihat orang lain. Senyumannya. Kami gelak ketawa. Menangis semuanya bersama-sama.

Tiba-2 saat-saat gembira itu hilang. Dan... Aku pun bangun dari tidur jam 11:30 pagi. "Laaa, mimpi rupanya" Penuh dengan keluhan. Mimpi dia datang kat aku. Mimpi aku peluk dia sebab rindu. Ya Allah, anugerah apa yang sedang kau sampaikan pada aku? Aku gembira dengan mimpi yang Kau kurniakan buat aku. Bahagia walaupun ia bukannya kenyataan. Aku pernah meminta dengan berdoa agar aku dapat mencium dan peluk dia. Ternyata Engkau beri aku dengan mimpi. Aku bersyukur walaupun bukannya kenyataan. Aku berharap sangat suatu hari nanti ianya menjadi kenyataan. Betapa rindunya aku pada kucupan salamnya setiap hari. Aku harap dapat sebelum Allah menjemputku.

Ya Allah, terima kasih kerana lepaskan rindu aku padanya hanya dengan memberi mimpi-2 indah bersamanya setiap hari.

Terima kasih juga kerana aku dapat melihat dia hanya dari jauh. Bahagianya aku walaupun dia membenci aku. Setidaknya aku dapat melepaskan kerinduan aku pada si dia. Seorang kakak.