Assalamualaikum. Tak tahu nak cakap apa sekarang ni. Begini lebih baik mungkin.
Makin melarat kaa aku ni? Aku jadi tak kuat serba merba. Ya rabb, apa lagi ujianMu ini? Hamba terima seadanya. Merasakan diri ini semakin tidak keruan dan merasakan diri ini semakin teruk. Wallahualam. Aku bersyukur kerana masih bernafas di dunia ini ya Allah. Bersyukur tak terhingga.
Sedar akan diri sendiri yang semakin melarat tetapi cuba untuk mempertahankannya. Sedar akan diri sendiri telah berubah satu demi satu mungkin ini kerana dengan emosi yang tidak menentu. Semakin terukkah keadaanku ini? Berikan aku ruang untuk menghela nafas yang lama ku simpan. Aku tidak sanggup lagi. Allahuakhbar.
Lama kelamaan aku semakin ditenggelami dengan emosi yang tidak menentu. Emosi yang penuh dengan gangguan sakitku ini. Yang membolehkan aku tertekan tanpa punca dan sebab yang munasabah. Subahannallah. Bantulah hambaMu ini ya Rabb. Aku ingin sihat seperti selalu. Aku ingin tampak ceria seperti selalu. Aku ingin segalanya kembali normal sepertimana aku dahulu.
Ya Allah ya Rabb, kau perkenankanlah doaku ini. Amin...