JellyPages.com

Monday, 11 May 2015

Please

Assalamualaikum. Ermm. Tak tahu nak cakap macam mana. Ya Rabb bantu HambaMu ini ya Rabb. Sedangkan aku tidak pernah ingin tahu lagi pasal si dia. Apa pun tentang si dia dan orang sekeliling dia. Aku mmg sudah berkata bahawa aku memang tidak lagi ambil peduli atau apa-2 lagi pasal mereka semua. Tapi kenapa mesti kau munculkan mereka lagi di dalam ingatan aku? Apa maksud kau sebenarnya Ya Allah? Berikan aku kekuatan dan petunjuk? Apa aku rindu mereka atau mereka yang benar-2 merindui aku?

Apa mereka masih sayang pada aku? Apa mereka masih masih mahu aku berada disisi mereka lagi? Apa benar ya Rabb?

Ya Rabb, tahukah Engkau. Mereka sering kali berada dalam mimpi aku. Sentiasa pada setiap hari. Kekadang dua tiga hari masih lagi tertatap wajah mereka di ingatan aku ketika aku sedang dibuai mimpi. Masih ada lagi wajah mereka itu.

Aku sangkakan semuanya sudah pun berakhir. Namun masih belum. Kelihatan dalam mimpi aku itu kami semua masih bergelak ketawa, bersuka ria tanpa sebab. Sedangkan di dunia yang nyata ini, kami semua tiada lagi apa-2 tanda persahabatan ataupun kata-2 sayang. Tiada lagi. Semuanya telah terkubur. Tiada lagi sebab untuk kami semua bersatu kembali. Tiada lagi untuk semua itu. 

Kalau benar sampai hujung tahun ini aku masih tidak boleh. Dan ketika aku dibuai mimpi jikalau masih ada lagi wajah ria mereka. Akanku langkah pergi dari situ. Cukuplah sekadar hati aku yang lara ini sering bersedih. Tiada apa-2 makna lagi bagi diriku. Tiada lagi yang perlu aku tunggu. Cukuplah selama ini aku hanya berdiam diri. Cukuplah sekadar ini. 

Berikanlah aku kekuatan. Ya Allah, sekali lagi aku pinta petunjuk dariMu. Berikan aku segala petunjuk agar aku kuat untuk tempuhinya. Amin ya Rabbal Al Amin