JellyPages.com

Sunday, 26 July 2015

Mungkin

Assalamualaikum. Hari ni saat-2 terakhir aku cuti. Sedang aku kaku lalu terfikir. Terlalu banyak yang aku tempuhi saat ini. Tidakkah dia perasan lagi? Hampir setahun kami begini. Apa memang tiada lagi untuk kami bergembira seperti dahulu kala? Tiada perasaan rindukah dia padaku selama ini? Apa dia gembira ketiadaan aku? Sekali lagi aku berfikir dalam diam. Melihat sekeliling aku. Melihat sekeliling dia dalam dia. Sungguh gembiranya dia. Aku tumpang bahagia buat dia.

Aku? Mungkin orang melihat aku bahagia. Tapi, kalaulah dia tahu bahawa aku rindukan dia setiap masa dan setiap saat. Alangkah bagusnya. Dalam diam aku tersemainya kesedihan. Hati aku yang sedih tanpa berkata apa-2. Aku tak pernah berhenti untuk memikirkan orang yang aku sayang.

Andainya dia masih merindui aku dalam diam. Alangkah seronok dan gembiranya diri ini. Tapi, tiada apa yang harus aku gembirakan mungkin kerana dia tak pernah rindukan aku. 

Orang yang dulu ada susah dan senang. Sentiasa buat kita gembira. Kawan yang ada dulu dengan kita mungkin sekarang tidak lagi. Mungkin dia tak pernah ingat dekat kita lagi. Mungkin juga dia tak pernah nak terfikirkan kita lagi. Yela, dulu lagi hebat apabila kami bersama. Tak pernah tak memahami antara satu sama lain. Tak pernah berkira antara satu sama lain. Mungkinkah dia tak ingat lagi pada kita sekarang nih? Atau dia dah tak sudi untuk melihat kita?

Tapi aku? Masih terfikirkan dia, masih ingat pada dia, masih sayang pada dia, masih rindu padanya. Itulah aku, rindu aku pada dia sama macam dahulu sayang aku pada dia. 

Hampir setahun lamanya. Tidak aku sangka aku masih boleh menghadapinya.