Perkara yang harus aku fikirkan is my ibu. Walaupun kami tak ada pertalian darah dari dahulu. Aku tetap risau akan dirinya. Dialah ibu yang selalu ada dengan aku sewaktu aku kecil dahulu. Mungkin tak semua tahu tentang percaturan hidup aku. Tapi, inilah realiti sebenarnya. Mungkin family aku semuanya yang berharta tapi bukan aku.
Now, walaupun ibu tak pernah tunjuk akan kesedihan dia. Aku tetap akan tahu semua tuu. Aku bukan nak masuk campur tentang urusan ini. Tapi aku juga sebahagian daripada sebuah keluarga. Bukan sahaja perkataan yang hanya di atas kertas selama ini. Tapi aku sebahagian daripadanya. Ketika aku lahir lagi. Mungkin pada kau aku tak layak. Tapi aku ada hak untuk bersuara. Cuma masa yang menentukan segalanya
Bukan nak membuka apa-2 cerita. Dulu masa kau kecil dia yang membesarkan kau. Sekarang? Berkira pula engkau dengan ibu kau tuu? Mama kau tu tak pernah berkira dengan anak-2 yang lain. Tak pernah unfair dengan adik beradik yang lain! Kau anak dia! Perlu kea kau berkira dengan orang yang banyak sara hidup kau dari kecil? Aku bukan nak kata apa laa kan. Mana sikap kemanusiaan engkau tu wahai si anak!
Sehingga hari ini, aku tak pernah berkira siapa pun dia pada aku. Walaupun aku tiada pertalian darah. Tapi aku boleh rasa macam mana dia rasa kenapa tidak engkau? Bagi aku pertalian darah tak ada apa-2! Aku tak kisah. Janji hati kau. Ya Allah. Kenapa semuanya jadi begini? Semakin hari semakin teruk keadaan keluarga ini?
Aku sanggup lakukan apa sahaja. Tidak kau kesian kah pada orang tua itu!
Wallahualambisawa. Kau perjauhkanlah aku dari orang-2 yang mungkar. Orang yang hina orang yang derhaka orang yang seangkatan dengannya. Kau perjauhkanlah kami semua dari orang yang teranaiya.
Hanya padaNya aku berserah. Bersabarlah. Terima kasih Kau berikan aku dugaan sebesar ini. Aku bersyukur. InsyaAllah dengan izinNya aku akan cuba jadi yang terbaik agar aku tidak seperti yang tidak sepatutnya.
Setiap apa yang berlaku ada hikmahNya. Alhamdulillah
Terima kasih juga kau kurniakan dua orang ibu yang jaga aku selama ini!