JellyPages.com

Monday, 21 September 2015

Jauh

Assalamualaikum. Hai korang. Nak tahu apa yang aku terasa sangat? Ermmm. Entah laa ehh. Kat sini jehla yang aku mampu bercerita. At least, aku tak tahu siapa korang tapi korang kenal siapa aku. Owner blogger nih. 

Now, aku akan jauhkan diri aku dari orang yang pernah rapat dengan aku sbb aku taknak dengar or baca benda yang aku tak pernah cakap or buat. Buat apa aku nak sakit hati dengan orang? Buat apa aku nak cakap kau perampas? Buat apa? Tak ada gunanya laa. Aku tak pernah nak cakap laa. Aku pun tak tahu apa masalah kau dengan aku. Memang dari awal dari start aku masuk kerja kau memang tak pernah nak suka aku. Aku tahu tuu. Aku dengan semua orang aku kawan. At least, aku tak hipokrit macam kau. Kau kalau tak tahu nak cakap kea apa kea pasal aku tolonglah jangan burukkan aku depan orang. Jangan burukkan benda yang aku tak pernah cakap apa semua. Aku tak suka gaduh-2 laa. Setakat gaduh tak face to face ingat aku heran kea? Eh tolong laa. Profesional sikit. Dari aku nak sakit hati dengan kau tak ada gunanya. Kau pun umur dah 26. Aku hormat kau sebab kau kakak laa    Aku nak tahu juga apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku dari awal?

Aku tahu laa aku nih hina dari mata kau sampai kau tak suka and benci dengan aku dari awal aku masuk kerja. Mata dan muka kau tu takkan boleh ubah. Aku kenal laa. Aku boleh tahu. Aku pun manusia juga. Kalau kau nak sangat. Ambillah. Ambillah. Aku tak suka nak berebut dengan kau. Bukan hak aku. Buat apa aku nak kata kau perampas?! Bila masa aku cakap kau perampas? Bila masa? Bila masa? Aku rapat dengan dorang pun sbb mungkin kami serasi. Boleh bertolak ansur. Tapi mungkin itu dulu laa. Sekarang tak ada istilah perampas or what! Sekarang istilah is jodoh. Allah tuh yang menentukan dan kita hanya merancang. Kalau dah bukan rezeki kami kau nak aku buat apa lagi? Lelaki yang paling rapat dengan aku pun dia laa. Dia berdua yang orang pertama rapat dgn aku! 

Aku diam bukan bermakna aku salah. Sbb aku taknak gaduh dengan kau! Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Jangan cakap pakai melulu! 

Its okay, kalau ini yang kau mahukan. Aku akan jauhkan diri aku sejauh yang mungkin. Aku akan larikan diri aku sejauh yang boleh. Yelaa. Ini yang kau nak selama nih. Tak apa. Ada masa aku akan resign at least kau tak sakit hati and nak mengungkit lagi dengan aku pasal benda nih semua. Aku pergi sbb aku sayang semua orang bukan aku pergi menandakan aku salah dan aku silap! 

Mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku akan sentiasa berdoa untuk korang semua. Aku akan lihat dari jauh. Jaga diri. Terima kasih untuk segalanya. Halalkan makan minum