Bermulalah kisah aku, kisah di mana aku menjadi photographer untuk pasangan pengantin. So meh start laa. Harini ceritanya aku bawak RM25 tapi boleh plak pengantin lelaki yang aku naik dengan dia nih cakap yang dia ada RM60 jeh. Tuh pun dia dah isi minyak untuk perjalanan dia. Disitulah ceritanya bermula. Pakai pula touch and go aku. So terbanglah aku RM10. Ermm. So tinggallah RM15.
Selesai aje sesi fotografi dengan mereka semua. Aku mengambil langkah untuk pulang kea JB means BP to JB laa aku. Dia orang pun drop lah aku kat busten.
Setelah selesai beli tiket. Harga tiket nasib baik RM12. Jadi itulah baki aku RM3 dalam wallet aku. Sambil aku berfikir sejenak. "Eh, takkan aku nak turun larkin pulak kan? Nanti siapa nak tolong aku? Handphone battery pula tak ada. Nak naik teksi? Mana cukup. Nak naik bas? Aduh. Lemah betul aku memalam naik bas" Lepas fikir, cubalah aku untuk bercakap dengan pemandu bas. Aku cakaplah nak turun kat Angsana. Pastu dia kata dia tak lalu. Jadi jauh sikitlah aku kena turun. Giant. Fuhh! Harini memang penat tak terkata. Dah drive JB-BP tadi. Pastu drive pergi outdoor lagi. Grr! Bukan kerja aku nak drive untuk dia orang. Ermm. Pape jehlahh.
Jadi, jalanlah aku dari Giant ke Angsana Mall tuu. Sampai jeh terus masuk ambil aircond then tergerak hati nak jumpa Kak Bella sebab dia nak tengok. Nanti aku dah malas nak bawak pergi kerja. Huhuks.
So begitulah ceritanya. Masih lagi ada RM3 dalam wallet. So no wonderlah kalau aku berjalan jejauh dengan duit pun macam daun kering. Means kering laa. Hahahaks. Tapi aku tak kisah semua tuu. Janji aku boleh hidup sudah.
Keep silently jelah. Dah biasa. Tak salah nak cari pengalaman. Besok lusa mesti kena juga harungi setiap dugaan yang ada. So kita terima dengan redha. Janji kita usaha kalau kita dah redha tu. InsyaAllah. Allah akan bantu kita semula. Jadi, tak perlulah kita berkira untuk bantu orang sebab aku pernah dapat nikmat tu balik bila bantu orang walaupun kita tengah susah.
Allah ganti balik. So, bersyukur itu penting. Mungkin aku akan alami lebih banyak lagi dugaan dan pengalaman selepas ini. Janji kita sabar dan tabah untuk menjalaninya. Allah paling tak suka jika kita mengeluh. Allah juga tak suka kalau kita tak usaha. Jadi, usahalah. InsyaAllah. Allah sentiasa ada dengan kita.
Okay until here only. See you next!
-Lihat Dari Jauh-
-Jaga Diri-
-Risau Sebab Sayang-
-Keep Smiley-
-Somebody-