JellyPages.com

Sunday, 25 October 2015

Tabah!

Assalamualaikum. Mohon stalkers buat-2 tak baca or tahu. Luahan sahaja. Tadi Amik pass out. Pergi hsa harini. Perkara yang menyedihkan pasal effect after chemo. Well, kalau nak tahu pergi laa search google. Tak sanggup nak bagitahu. Nanti menangis. Ermm. Berita yang hambar. Sangat hambar. Leukimia? Oh gosh! Mungkin bagi orang benda tuh perkara biasa. Tapi bagi yang tahu bahayanya kanser darah tu? 

Perlu ada sokongan dan dorongan dari rakan-2 dan family. Semoga kau tabah mengharunginya. Ingat, jangan kau menangis di hadapan mereka semua. Kau harus kuat dan tabah. Senyuman gelak tawa sebanyak yang mungkin. Itulah salah satu cara yang berkesan. 

Bila kau banyak gelak ketawa dan mengukirkan senyuman orang tidak akan perasaan betapa peritnya hati kau untuk menerima semua dugaan ini. Hanya Allah yang tahu apa hati dan perasaan kau! Tapi, tak semua akan perasan apa kau rasa. Mungkin ada yang perasan dan sengaja buat-2 tak tahu! Sakit itu penghapus dosa. Biarpun kau melarat untuk menanggungnya. Terima dengan hati yang terbuka. InsyaAllah ada yang berada disekeliling kau! Allah uji kau kerana Allah sayang akan kau! Jangan kau lupa akan kewajiban Allah. Berdoa dan teruskanlah berdoa agar kesakitan yang kau alami berkurang. 

Apa yang terjadi tidak akan kembali seperti dahulu. Jadikan ia sebagai memori. Hanya Allah yang boleh jaga kau sekarang nih. Tak semua orang boleh rasa apa yang kau rasa! Amin. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT

#CoretanKasihDariHatiDanPerasaan