Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah. Even aku sanggup buat itu ini. Bukan bebanan bagi aku. Tidak pernah. Biar orang lain cakap ia bebanan. Tidak pada aku. Biarlah aku yang merasa kesusahan bukan mereka yang aku sayang merasa kesusahan. Aku cukup bahagia. Aku masih bisa tersenyum saat aku terluka. Saat aku berada dalam kesusahan. Biarlah tiada siapa yang tahu apa itu erti aku.
Andai kata aku pejam mata lebih awal dari yang tak disangkakan. Maafkanlah daku. Ampunilah daku. Even aku tiada dalam dunia ini nanti. Aku akan pastikan orang yang aku sayang dalam keadaan baik. Tidak berada dalam kesusahan atau terluka. Akan aku pastikan itu sebelum aku pergi menutup mata buat selamanya. Tidak kira jua samada mereka ada pertalian darah mahupun tidak. Akan aku beri sama rata. Sama rasa. Aku cerita bukan kerana menumpang kasih di blogger sendiri malah ingin memberitahu inilah dunia aku. Inilah pendirian aku, inilah kehidupan aku dan ini jugalah dunia akhirat aku.
Biarlah aku menanggung segala sakit dan seksa. Biarlah hanya diri aku sendiri dan bukan orang lain. Biarlah aku menangis menjerit didalam hati. Biarlah aku tersenyum gembira di hadapan orang yang aku sayang kerana aku tidak mahu mereka tahu apa yang aku lakukan selama ini. Apa yang aku rasa selama ini. Apa yang aku alami selama ini dalam dunia yang sementara ini. Biarlah biarlah.
Andai aku pergi tanpa berita. Itu bukan tandanya mereka adalah bebanan aku. Bukan!! Mungkin waktu itu aku sudah tiada lagi di dunia yang nyata ini. Atau mungkin ada hikmah Allah sebalik yang berlaku. Bukan kerana diri ini tetapi kerana ALLAH SWT.
Buat mereka yang aku sayangi selama ini. Buat mereka yang sentiasa aku semaikan dalam hati ini. Untuk mereka bertakhta sehingga hujung dunia akhirat ini. Ingin aku katakan bahawa kamu semua yang aku sayangi adalah nyawa dan akhirat aku. Sama seperti aku sayang pada yang ESA. Ingin aku katakan juga, hanya kamu semua yang aku sayangi. Lebih sayang daripada diri aku sendiri. Lebih sayang daripada apa yang aku ada. Aku amat menyayangi mereka.
Andai aku pergi sebelum tiba masanya. Janjilah pada aku untuk tersenyum. Jangan kau tangisi akan pemergian aku. Jangan sesekali. Cukup sekadar kau memberi senyuman. Andai kau merindui aku, sedekahkanlah Al Fatihah. Semoga aku tenang di akhirat kelak. Berikan aku ketenangan secukupnya.
Mereka BUKAN BEBANAN bagi aku. Susah senang aku sentiasa ada. Mudahan dengan izin Allah swt. Mereka akan aku ada saat memerlukan walaupun saat senang tidak memerlukan. Janji aku pada Allah untuk melihat mereka bahagia dan hidup dgn penuh limpahnya rezeki. Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah jagakan mereka semua buat aku nanti. Amin.
Kasih aku pada mereka sama seperti kasih aku pada Nabi Muhammad Saw. Syukur Alhamdulillah. Aminnnnn