Assalamualaikum, aku tak tahu la kenapa dengan aku. Aku banyak risaukan orang daripada diri sendiri aku. Memang aku dilahirkan untuk risau dan bantu orang kemungkinan. Allah lahirkan aku dengan hati yang begini. Hati aku yang mudah risaukan orang dan mudah membantu orang. Itu keistimewaan yang ada dalam diri. Biarpun hati aku banyak terluka aku tetap tak kisah dan pernah hiraukan. Aku lebih banyak menjaga hati orang-2 yang aku sayang. Itulah diri aku. Allah bagi aku keistimewaan sebegitu mungkin Dia tahu bahawa aku seorang yang penyabar. Allah juga tahu sebanyak mana kelemahan hati aku. Allahu akhbar. Tiada apa yang harus aku katakan sebenarnya. Aku pun kadang-2 tak tahu dengan hati sendiri. Banyak tanda tanya, banyak jawapan tidak terjawab sepenuhnya.
Risau? Yaa! Aku memang seorang yang perisau tanpa henti berfikir. Entah kenapa. Aku sentiasa risau akan orang yang aku sayang. Terkadang aku sendiri tak faham dan pelik kenapa setiap kali aku risau terfikir terlintas dalam ingatan aku. Pasti air mata aku akan mengalir terus. Mengalir dalam diam. Tiada siapa tahu kecuali orang yang perasan dan tahu. Tapi? Siapa yang tahu? Tiada siapa. Hanya Allah dan juga pembaca setia blogger aku. Itulah sifat yang tak dapat dielakkan. Sifat yang ada dalam diri aku. Bila aku risau, automatic fikir tanpa henti sehingga memuaskan hati aku. Terkadang aku buat sesuatu benda itu tanpa aku hiraukan kesusahan kesedihan hati aku. Apa yang aku tahu, gembirakan hati orang lain. Menjaga hati orang lain. Mungkin, setengah orang akan mula rasa bosan dengan kerisauan aku. Tapi apa kan daya? Itulah sifat aku. Kalaulah, mereka atau sesiapa sahaja pun yang berada dalam tempat dan hati aku. Pasti mereka akan pelik dan berkata di dalam hati sekuat yang mungkin. Menjerit sehingga hati menangis. "Kenapa aku mcm ini!!! Kenapa aku sering risaukan mereka!!! Kenapa hanya aku yang faham tentang hati aku sendiri!!! Kenapa!!" Jerit laa sepuas hati tanpa henti. Itulah keistimewaan yang Allah beri untuk kita kenal erti ketabahan dan kesabaran. Allahu akhbar.
Sekali sekala aku nak cuba juga buat orang rasa mcm mana aku rasa kalau risau seteruknya. Tak berjaya mungkin. Setiap orang Allah memberi isi hati lain-2. Cuma samada kita pandai membezakannya atau pun tidak. Samada kita pandai mengatasinya atau pun tidak. Allah menguji kita sebenarnya dari Hati.
Paling aku banyak risau is family, k nora, k dila, roy, syuk, suha, adik, eyaa, gemok, hawa, aida, mama ngah, mama long, semua yang aku kenali. terlalu ramai orang yang aku sayang sekarang nih bermain dalam fikiran aku. Entah kenapa. Cuba buang, tapi tak boleh. Terkadang sampai menangis aku untuk cuba buang semua tu. Tapi tak boleh. Ya Allah, berikan aku petunjukMu. Aku tak mampu untuk menanggung kesakitan dalam hati aku. Berikanlah aku ruang untuk ketenangan sementara waktu. Aku sayang akan mereka semua tapi berikanlah aku waktu untuk sementara waktu. Aku lelah. Berikan aku ruang dan waktu untuk beristirehat. InsyaAllah, setelah aku selesai beristirehat. Aku mohon untuk bertakhta semula di hati aku. Aku akan risaukan mereka seperti selalu. Terlalu banyak benda untuk aku risaukan. Terlalu banyak juga untuk aku lakukan.
Ya Allah Ya Tuhanku, kau berikanlah mereka pelindung. Kau tolonglah aku untuk menjaga mereka. Hanya dari jauh yang aku mampu untuk melihat dan menjaga mereka. Itu yang aku mampu. Walaupun jauh di mata tapi sentiasa dekat dihati. Kau bantulah aku ketika aku memerlukan Engkau mahupun tidak. ya Allah, aku terlalu menyayangi mereka semua ya Allah. Berikan aku kekuatan untuk mengharungi semua dugaanMu ini ya Allah. Ya Allah ya Rabbi, kau bantulah mereka semua untuk harungi dugaan yang akan datang semasa ketiadaanku nanti. Jagakan mereka buat aku. Aku mohon dan pinta kepadaMu ya Allah. Jauhkanlah mereka dari azabMu. Kuatkan dan tabahkanlah mereka. Hanya padaMu aku memohon doa dan hanya padaMu juga aku bersujud. Tiada tuhan melainkan Allah Taala. Aku bersyukur atas semua yang telah Engkau berikan pada aku. Syukur Alhamdulillah.
Terima Kasih Ya ALLAH!