JellyPages.com

Monday, 29 February 2016

Pulangkan

Assalamualaikum.. senyum setiap hari itu aku. Happy setiap hari itu aku. Mengalah setiap hari itu juga aku. Hati bengkak setiap hari itu pun aku. Pujuk hati sendiri setiap hari memang tetap aku. Sentiasa setiap hari masih aku dan aku dan aku dan aku. Walaupun saat suatu hari nanti aku dah tiada. Yang tiada Itu adalah aku. Aku aku aku aku.

Kalau benar selama ini akulah penghalang buat semua yang ada. Aku undur diri. Aku pergikan diri. Aku jauhkan diri. Masih aku boleh pergi selamanya tanpa kembali. Mungkin ini adalah cara yang paling terbaik buat diri ini. Kehidupan ini. Dan selama ini.

Anggaplah selama ini bukan aku tapi hanyalah khayalan aku. Dan anggaplah tidak pernah kelihatan aku selama ini. Walaupun hanya sekeping gambar walau sesaat sekalipun. Kalau dah itu yang diiginkan selama kita bertemu.

Waktu itu cukup indah buat aku. Akan aku semaikan dalam hati ingatan dan juga dalam diri aku sendiri. Dimana dan saat aku bersyukur ketika itu. Kalau benar tidak memerlukan aku lagi. Beritahu laa aku sebaik mungkin dengan hati yang terbuka dan keikhlasan. Mungkin itu dah buat aku tersenyum dalam tangisan. Pulangkanlah aku dalam keadaan sempurna sewaktu kita bertemu dahulu. Bukan pulangkan aku dengan hati yang penuh kebencian.

Andai kata aku pergi dahulu sebelum orang lain menjemput. Andai aku kembali kepadaNya tanpa khabar berita. Saat aku tiada lagi suatu hari nanti. Andai aku pergi menghadapNya secara tiba-2. Satu yang aku pinta. Sedekahkan aku ayat-2 suciMu itu. Sudah tenang buat hati aku yang telah lama luka.

Keikhlasan buat diri aku biarlah sentiasa tersemai di dalam hati tanpa rasa mempergunakan. Andai benar hanya kerana ingin mempergunakan saat keadaan susah mahupun senang. Hati aku tetap tersenyum kerana mungkin saat itu aku tahu apa yang sedang berlaku selama ini. Aku masih tersenyum kerana hati aku. Hati aku yang sentiasa redha akan ketentuanNya. Allah memang suka menguji. Aku sangat bersyukur bahawa hati aku masih kuat dan tabah. Mungkin tidak mereka tahu akan isi hati selama ini. Mungkin tidak tahu sebanyak mana tangisan yang hati aku alami selama ini.

Aku hanya memerlukan jawapan dari beberapa tahun yang lepas sehinggalah sekarang. Apa hati ikhlas dengan hati aku? Masih ada perasaan bencikah pada hati dan diri aku ini? Adakah masih sama seperti dahulu? Penuh dengan tanda tanya dalam kepala hati dan perasaan ini. Apa hanya kerana terpaksa atau kasihan? Apa aku masih ada dalam keadaan yang menyenangkan diri? Apa masih merindui aku? Apa masih dan masih hingga ke jannah?

Jawapan semua sudah terjawab barangkali tanpa aku sedari. Aku hanyalah sebuah persinggahan yang tiada penghujungnya seperti tiada jalan penghabisan hingga ke akhir ayat. Persinggahan yang cukup menyenangkan hati aku. Tapi, aku masih redha dengan ketentuanNya.

Saat tidak perlukan aku dalam sebuah persinggahan. Saat tidak perlukan aku ketika diperlukan. Saat kemeriahan aku sudah bosan dan lali. Pulangkanlah aku semula kepadaNya. Jika masih perlukan aku demi keikhlasan hati. Jagalah walaupun hanya persinggahan buat hidup dan diri aku.

Al-Fatihah buat hati dan diri ini. Amin ya rabbal al amin.