Assalamualaikum. Ya Allah. Aku sangat bersyukur dengan Allah sWT kerana kurniakan mereka sebagai adik-2 aku. Walaupun hidup mereka terpaksa sendiri. Akan aku ada sentiasa dengan mereka. Kerana mereka sentiasa ada dengan aku ketika jatuh. Sentiasa menghulur tangan ketika aku jatuh walaupun kadang aku tak pernah tunjuk dengan mereka akan kesusahan dan kepayahan aku dalam menghadapi saban hari dalam hidup aku.
Tanpa mereka siapalah aku kerana mereka sentiasa menghargai aku ketika mereka perlu dan tidak. Aku bersyukur even mereka bukan sedarah sedaging dengan aku. Aku dah anggap mereka semua mcm keluarga aku sendiri. Mereka laa yg rajin membebel dekat aku. Itu ini. Sampai kadang aku terdiam terkaku. Tersentak. Aku tahu. Mereka buat begitu kerana mereka sayang akan aku. Alu bersyukur Ya Rabbi.
Sikit pun aku tak pernah cakap susah. Tak pernah kata tidak jika mereka memerlukan bantuan aku. Tapi dalam masa yang sama mereka fikir akan aku. Susahnya aku. Sanggup berkorban demi org lain dari diri sendiri. Itulah mereka. Sentiasa memarahi aku walhal dia adik. Hahaha.
Aku berdiam diri susah tak pernah bersuara memerlukan bantuan. Tapi aku kuat dan tabah demi mencari sesuap nasi. Muka sentiasa selamba. Mereka juga yang nampak dan memahami aku. Terima kasih.
Aku tanggung dan bantu mereka selagi aku masih punya rezeki lebih. Alhamdulillah