JellyPages.com

Monday, 17 April 2017

No Idea

Assalamualaikum. Aku sendiri tak ada jawapan untuk jawab semua soalan kau. Sbb aku sendiri tak tahu kenapa dengan aku. Rasa mcm otak aku blank. Tertanya kenapa dgn aku. Apa aku nih? Kenapa aku buat kau mcm nih sekali? Apa salah kau? Aku mmg no idea. Tapi aku terpaksa jauh dengan kau sebab itu yang sepatutnya aku lakukan daripada dulu. Aku bukan pilihan kau selama nih. Aku dah tahu tu semua dari awal. Kau hanya cuma mahu seseorang yang mengisi waktu kosong kau. Jangan kau tanya aku kenapa untuk semua yang jadi. Aku sengaja. Aku sengaja buat semua tu supaya kau benci aku sebenarnya. Jangan engkau cari aku lagi. Jangan. Sakit untuk segalanya. Dan aku sudah sedar. Makin hari sayang aku pada kau dah hilang. Hati aku dah mulai kosong. Tiada semua tu. Tiada. Aku juga hilang kepercayaan pada kau selepas apa yang jadi. Aku tak tahu jika aku masih tak boleh menerima atau apaa. Tapi itu yang susah buat aku. Susah. Beginilah yang akan terjadi bila orang menipu aku terangan. Sakit. Sakit sangat kau tahu. Aku memang dah maafkan kau. Tapi hati aku masih tak boleh diperbaiki seperti dahulu. Ianya hilang. Hilang dengan segala yang ada. Ditarik semuanya. Kasih sayang semuanya sudah tiada lagi. Aku jauh. Aku sangat jauh dari kau. Tapi kau buat aku macam nih. Aku tak sanggup. Lebih baik aku lost contact dgn kau. Mungkin makan masa bertahun tahun lamanya. Itu hakikat buat aku. Sangat susah.