JellyPages.com

Monday, 3 July 2017

Tahu

Assalamualaikum. Heyy dah lama nak post tapi baru sekarang nk buat. Maklumlah. Agak busy sikit bila raya nih. Hahahaa. Well just nak story about myself sikit je nih. Tak banyak pun.

Cerita dia bunyi begini. Aduhai kenapa aku tak type pakai lappy. Erm takpelah abaikan. Ceritanya pasal family jea. Actually aku memang kurang suka if kawan-2 atau orang lain tahu pasal family aku. Bukan sebab aku taknak cerita or story. Nanti orang samakan aku dengan orang lain. Lek la babe zaman sekarang comfirm akan cakap macam tu. Even tak semua orang adalah sama. Aku tak kisah kalau orang selalu perli aku ini itu sebab aku tahu kat mana kedudukan aku. Ye aku tahu, susah orang macam aku nih nak duduk tempat korang tu. Bukan sebab aku nak memerli atau pun perkara lain. Siapa yg kenal aku tahu macam mana hidup aku. Bukan sebab aku nak tunjuk aku bagus. Tidak. Aku buat semua nih dari diri aku sendiri. Aku ikhlas buat semua benda. Dan aku kalau boleh taknak orang fikir aku terlalu hidup senang.

At least aku tahu hidup berdikari nak belajar nak tahu macam mana hidup berserdahana nih. Bukan niat aku untuk menunjuk. Aku teringin nk rasa. Sbb itu aku tak pernah nak bagitahu pasal hidup aku. Dan aku tak suka orang tahu pasal hidup aku. Terlalu banyak sebab yang ada dalam diri aku.

Ye, aku tahu. Aku sepatutnya bersyukur dilahirkan kehidupan yang senang lenang. Tapi tak semestinya bila aku hidup senang tapi aku tak boleh nak hidup macam orang lain dalam dunia nih. Aku pun ada hak aku. Dan baru aku tahu hikmah sebalik semua ini. Allah nak uji aku samada aku mampu lakukan atau tidak bila dilahirkan dengan keluarga yang berharta dan hidup senang lenang nih. Ye aku tahu, aku mengaku selama nih hidup aku senang. Tapi tak bermakna keluarga bahagia. Betul tak?

At least, aku cuba hidup berdikari sejak umur aku 17tahun lagi. Aku cuba hidup macam mana kawan-2 aku hidup. Dan dari situ baru aku sedar dan aku tahu siapa kawan siapa lawan kita. Maaf, aku bukan manusia yang jenis tinggal kawan macam tu. Sejahat mana pun kawan yang aku pernah jumpa selama nih. Aku tetap berkawan macam biasa. Aku lah orang yang tak paling kisah apa yang berlaku dalam hidup aku.

Sebab apa aku tak suka orang tahu. Sebab aku taknak keluar istilah pepatah "Kita tak setaraf, bagaikan langit dan bumi" sudah banyak kali aku dengar saat menonton. Inilah kali pertama aku mendengarnya secara aktif. Aku fikirkan hanya dalam cerita drama sahaja yang ada. Tak sangka masih ada yang bebetul punya. Fiuhh! Telah aku maafkan. Maaf jika tidak suka. Aku harap mereka yang mengata aku begitu secepatnya lah pergi dari hidup aku. Kerana aku tahu masih yang tidak boleh menerima aku seadanya. Kalau betul ada yang cakap macam tu. Kenapa still stay dengan aku. Kalau pepatah itu yg sedang diisukan? Kenapa. Kalau betul ikhlas kenapa harus keluar pepatah itu?? Aku masih tertanya

Salah ke kalau aku nak rasa kehidupan orang lain. Walaupun aku masih belum biasa situasinya. Aku masih mencuba selama 5tahun. Masih mencuba. Aku hanya insan yang lemah yang diturunkan oleh Allah swt. Aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk aku lakukan apa jua saat ini. Ingin aku buktikan bahawa aku tidak sama seperti yang lain. Antara beribu orang dan berjuta orang.

MFOz_Adv