JellyPages.com

Sunday, 20 May 2018

Its Time

Assalamualaikum, hmm hai geng stalk. Sorry kalau aku tukar aku punya link url ni. Sbb kalau boleh aku taknak pun sesiapa tahu. Biarlah aku je yang luah sendiri. Well, in case korang jumpa pun thanks sbb sanggup cari dan sudi jadi peneman. Hmmm. Dah masanya akuu tukar dan aku fikir pasal apa akan jadi next

Tak tahu lah nak cakap mcm mana. Dulu aku pernah jumpa doktor pernah masuk wad sebab sakit kepala. Wad dalam pemerhatian. Its hurt sometimes. Sakit tu Allah je tahu mcm mana aku rasa. Orang lain takkan faham dan never ever faham. Tuh masa umur aku 17tahun. So dah 6 tahun. Aku berhenti makan ubat doktor bagi sebab aku dah tak kuat  dan tak larat lagi dah. Aku penat sangat dengan ubat yang doktor bagi aku tu. Serious talk!

And selama 6 tahun tu aku tahan dan pendam but akhirnya aku tewas. Mungkin aku hidup lagi sampai sekarang sbb Allah bagi aku kesempatan untuk aku lalui hidup aku. Dan Allah bagi aku sakit kerana ujian untuk aku selama aku hidup ni. Ye kadang sampai kau dah tak mampu nak hidup. Tapi alhamdulillah, aku ada kawan-2 yang sentiasa bagi aku kata-2 semangat. Ingat kan aku selalu.

Memang aku mudah lupa tentang semua kawan-2 aku. Aku minta maaf buat semua orang. Kalau lah aku ditakdirkan tak ada lagi dalam dunia ni lagi. Nukilan yang aku cuba nak sampaikan ni lah dia 'Its Time'. Aku minta maaf buat semua kawan yang kenali aku. Kalau kot-2 aku tak ingat korang, Aku tak sengaja. Aku selalu doa kalau boleh janganlah aku lupa orang yang selalu memberi pertolongan dekat aku samada rapat atau tak. Tapi jangan paksa untuk aku ingat biarlah ianya pulih sendiri tuk aku ingat sendiri semua kenangan tu. Perit dan pedih.

And aku sebenarnya kecewa bila doktok suspek aku mcm-2 sbb tu aku takut nak jumpa dokto tuk checkup. Aku takut aku tak kuat nak harungi seperti sekarang. Tanpa bahu kawan-2 mesti aku rebah dan tidak kuat. Aku happy aku senyum selalu untuk mengubati hati aku yang sedih dan terluka. Aku harap kalian faham apa aku cuba sampaikan. Kawn-2 aku ramai yang dah pergi. Manlah tahu suatu hari nanti kita pula. Mati itu pasti. InsyaAllah. Doakan mudahan kita semua dipanjangkan umur. Agak-2 kalau aku dah takde nanti ramai tak rasa kehilangan aku? Lawat aku? Terima kasih diucapkan sbb selalu ada dengan aku ya kawan-2 susah senang. Dan aku minta maaf tak dapat bantu mana yang perlu. Aku bantu mana yg semampu aku. walaupun hakikatnya sekarng aku semakin lemah tapi aku cuba kuat sbb aku ada impian aku sendiri tuk korang. Harap lepas impian aku tu tercapai. InsyaAllah Amin

ye, aku semakin teruk dengan keadaan aku sekarang yang tak menentu arah. Yang sering lupa. Keupayaan yang cepat sangat lesu. Semua tu ada. Makin lama kita tak perasan kesan sampingan tu. Tapi yang rasa aku. Semoga umur aku dipanjangkan. Amin dan dimurahkan rezeki tuk capai impian aku. Aminn. Terima kasih yang mendoakan aku. Bantulah aku ketika aku sakit.

terima kasih sahabat

ikhlas dari,
Mas faryza