Assalamualaikum, sorry untuk menyepi sekian lamanya. Saat kebetulan aku mengalami kekecewaan. Saat itu jugalah aku meneruskan perjalananku. Perjalananku ni bukanlah sekadar biasa-2. Antara kehidupan masa kini dan akan datang.
Dua minggu sebelum flight aku ke Australia pada 02 September 2018. Saat itu juga kekecewaan yang aku alami bukan sekadar biasa. Tapi tetap aku meneruskan perjalananku ini.
Tanggal 14 September 2018. Bermulalah sejarah dalam hidup aku meninggalkan Malaysia buat kali keduanya. Saat aku termenung di tingkap perut kapal itu. Saat itu juga aku terbayang dan terfikir apa akan jadi seterusnya. Maka, perjalananku tetap aku teruskan dengan pelbagai rintangan dalam hidup aku. Pelbagai dugaan aku tempuhi. Kelelahan aku selama 3 hari. Penuh dengan segalanya. Dan akhirnya sehingga harini aku bangkit dan cuba bangkit. Aku mula berfikir sejenak untuk meneruskan apa yang terjadi saat-2 ini. Dugaan ini begitu besar bagi aku kerana aku tidak pernah lupa setiap kenangan dan dugaan yang aku alami. Aku cuba dan aku cuba sehingga harini.
Belum lagi dugaan seorang backpackers disini. Dimana manusia sekeliling aku lagi, kerja, rumah dan sebagainya. Ya benar, dugaan aku terlalu besar tiada siapa yang bisa memahami kecuali aku sendiri kerana aku yang mengalaminya bukan mereka. Jadi aku bangun dari jatuh. Ya aku bangun. Dan aku katakan pada diriku. Aku boleh dan aku mampu. Terima kasih untuk semua orang yang sedaya upaya berada disisi aku. Even aku seorang yang menyakitkan hati. Sudah tiba aku do it for myself. Wish me luck guys. Thanks for reading.
Ikhlas,
Mas Faryza Life