Assalamualaikum buat diri dia yang selalu menemani hari-hariku tanpa jemu. Hampir setiap masa dia tak pernah melupakan aku. Cuma kadang aku yang selalu rebah melupakannya. Aku harap aku tidak akan lupa akan tentang si dia sehingga hariku. Akan aku cuba hingga aku bisa membuat dia tersenyum. Aku bersyukur ke hadrat illahi kerana dia aku kuat dan aku tersenyum tanpa kata-kata dan ungkapan buat diri ini. Dia selalu ada walaupun dia jarang bersamaku. Sekarang aku tersenyum sendiri kerana dia selalu tidak berhenti tanya khabar tentang aku. Aku nun jauh disini. Jauh dari si dia yang selalu tidak berhenti 'text' aku. Ya Tuhan, dia bagaikan seseorang yang dipinjamkan buat diri ini. Jangan kau beri dia kedukaan hanya kerana aku. Kau berikanlah dia kebahagiaan. Aku akan sentiasa memberi dia hari-hari yang bahagia buat diri dia. Akan aku lihat dia tersenyum selalu. Aku harap aku tak akan sakiti hati dia lagi. Melainkan semuanya sudah tertulis olehMu.
Kebahagiaan dia adalah kebahagiaanku. Aku berdoa sentiasa buat dia dan maknya berada dalam dakapannya. Sepertimana dia dalam dakapanku. Aku tidak akan kecewakan dia lagi sepertimana aku kecewakan dia selama ini. Oh tuhan, ampuni segala dosa hambaMu ini. HambaMu ini hanya seorang insan yang lemah tidak pernah lepas dari membuat kesilapan.
Dia. Yaa dia, dialah yang selalu bermanja dengan aku. Walaupun sekejap tapi aku cukup berpuas hati kerana aku dapat mengenali dia dengan waktu yang begitu singkat. Kadang-kadang aku marah kenapa kau uji aku sebegini. Kenapa kau datangkan dia padaKu. Tapi setelah aku meminta petunjukMu. Ya Allah, terima kasih. Aku bersyukur kerana kau turunkan dia buat aku.
Aku masih ingat waktu pertama kali aku berjumpa dengan si dia. Senyumannya wajahnya. Tenangnya hati aku yang sudah lama hilang penyerinya. Pandanganku padanya tidak pernah lepas waktu itu. Banyak kali juga aku mengalihkan pandanganku setiap kali dia memandang wajahku. Walaupun pada masa itu aku sudah cuba berkali-kali untuk melupakannya dan membencinya. Namun aku tidak berjaya. Aku kalah saat melihat wajah dia yang bersahaja itu. Selalu aku bertanya pada diri ini. "Apa yang menariknya tentang dia ini? Kenapa aku asyik fikirkan dia tengok dia tanpa henti?" Saat itu aku asyik tertanya-tanya tanpa henti apa keistimewaannya dia ini. Kenapa setiap kali aku tengok dia pasti aku mahukan jawapan. Apa yang berlaku?
Hari demi hari aku cuba mengenali dia. Kenal dia tanpa sengaja. Aku masih ingat waktu sebelum aku mengenali dia. Aku cuba cari tentang dia dan semua keluarganya. Yaa! Aku jumpa. Ternyata Allah temukan dia dengan aku ada sebabnya. Biarlah sebab tu hanya aku yang tahu. Bukan sebab lain tak bukan. Dialah orangnya yang bermain dengan cita-cita aku. Dan aku masih ingat saat pertama kali aku mula rapat dengan dia. Tidak putus selepas itu. Kami sering kali bergaduh bermasam muka. Dan akhirnya aku sedar. Allah memberi petunjuk buat aku sekali lagi. Saat itulah aku harap aku tidak mengecewakannya lagi kerana dia adalah penguat semangat aku tanpa aku sedar. Aku mimpi tentangnya saat aku betul-betul nekad ingin menjauhkan diriku terhadap dia. Allah itu maha mengetahui. Maha berkuasa. Maha penyayang. Dia dah tulis semuanya buat kita.
Maaf buat si dia. Ingin aku memohon maaf sekiranya aku pergi tanpa kata. Sekiranya aku hilang tanpa khabar berita. Aku harap kau sudah bersedia untuk hilangnya aku dalam hidup kau. Semoga kau tabah. Aku tahu kau seorang yang tabah. Padamlah segala kenangan aku dan kau. Tanamkan ia dalam hati. Sematkan lah dengan sebaik mungkin. Aku mohon maaf. Tidak akan aku lupa tentang kamu. Kemana aku pergi. Akan aku ingat. InsyaAllah. Jaga diri yaa. Terima kasih atas semuanya
Ikhlas Hati,
MFMF