JellyPages.com

Saturday, 13 May 2017

Putus?

Assalamualaikum. Harini aku bangun pagi lepas subuh menyudahi. Tapi aku masih berfikir sejenak. Tanpa henti. Apa benar apa yang aku lakukan selama ini? Semalam, saat aku mengerang kesakitan. Aku paksa diri aku untuk tidur. Tidur dan tidur agar aku tak rasa kesakitan itu. Pada mulanya, aku dan dia ingin berbincang tentang kami. Tentang pertunangan kami. Tapi, aku terus berkata "Next month sye bagi jawapan dekat awk" Dan selepas itu, aku menahan sakit. Aku terus tertido tanpa membalas semula text dia. Tiba-tiba aku tersedar. Dia membalas "Next month?" Sye tak faham" Lalu aku berkeras mengatakan "Ya, jawapan next month! Jawapan tentang kita". Lalu aku terus campak hp aku ke tepi dan sambung tidurku. Aku masih merasa kesakitan itu. Tidak aku endahkan sesiapa pun waktu itu

Dan pagi ini aku bangun. Tetiba aku berfikir dan berfikir tanpa henti. Apa aku harus berhenti dengan perasaan aku ini? Aku taknak dia kehilangan aku. Atau sesiapa pun. Aku cuba mengawal perasaan dan hati aku. Tapi aku tidak bisa kerna sakit untuk hadapinya. Bagaikan ingin terkeluar hati dalam diri ini. Aku harus cuba lawan perasaan ini. Harus cuba. Setiap kali aku gembira. Perasaan dalam diri ini kian mengurang. Disitulah datangnya aku tidak menghiraukan orang. Ya Allah, apa sudah tertulis aku harus keseorangan tanpa teman disisi aku? Apa aku sedang menyeksa diri aku ini? Di mana perginya hati dan perasaan aku pada seseorang teman? Apa cuma ada perasaan melihat orang lain bahagia sudah memadai buat aku? Aku tertanya-tanya dalam diri aku tanpa henti setiap hari setiap saat!

Apa ini sebabnya kenapa aku menjauh dari semua orang? Apa ini sebabnya aku membawa diri aku? Tapi aku masih diuji. Kemana pun aku pergi pasti aku akan menjumpai mereka. Dari mana datangnya amarah aku saat aku keliru dengan perasaan hati aku sendiri. Dan mana perginya sifat penyayang sifat-2 yang ada dalam diri ini. Sifat seorang penyabar. Sifat periang. Mana perginya? Aku hilang semua itu saat aku kesakitan. Aku redha atas ketentuanMu ya Rabb. Aku redha. Aku harus kuat harunginya. Aku harus kuat. Saat dia kecewa dengan apa yang aku bagitahu harini. Saat itulah kekecewaan aku tiba mendatang. Kecewa dengan diri sendiri. Diri yang kadang tiada gunanya.

Satu kebahagiaan itu penting. Tapi sedangkan sekarang? Aku merasa keseksaan itu. Lawan semuanya. Aku harus lawan semuanya. Aku tahu apa yang Engkau sedang uji hambaMu ini. Akan aku harunginya! Aku tak boleh kalah dengan perasaan hati aku ini. Aku akan ubati sendiri. Walaupun ianya sakit dan perit!