JellyPages.com

Sunday, 14 May 2017

Teruskan Perjuangan

Assalamualaikum. Harini aku bangkit dari diri sendiri. Aku cuba untuk meneruskan perjuangan aku pada saat ini. Ingat janji aku kenapa aku buat semua nih. Aku cuba ubah hidup dia orang menjadi lebih baik. Aku ingin melihat mereka berjaya. Dan terus berjaya walaupun aku tiada berada samping mereka. Aku teruskan selagi aku masih boleh perjuangkan. Itulah erti hidup buat aku. Akan aku capai impian aku selama ini. Semoga aku kuat laluinya. Walaupun ianya sangat perit. Perit bagaikan sesuatu telah menusuk ke dalam hati aku. Rasanya seperti aku hilang dan seperti aku sakit yang teramat sakit dalam hati ini. Itulah yang aku rasa. Aku bangkit! Dan betapa bahagianya hidup aku bila aku melihat kebahagiaan orang lain di hadapan aku. Yaa! Itu maknanya aku berjaya. Berjaya membuat mereka bangkit seperti aku!

Next step buat diri ini. Akan aku genggam sekuat mungkin. Jatuh terduduk aku bangun seorang diri walaupun mereka cuba menolong aku. Aku bersyukur saat itu kerana aku dapat membantu mereka. Bagaikan sebuah keluarga yang tiada tandingannya. Janji aku pada dunia dan janjiku padaMu ya Allah. Jagakan mereka untukku.